TOPIK 3.1 | HUKUM KEGRAVITIAN SEMESTA NEWTON

KELAS: 4 SAINS 2 | SMK SIMPANG BELURU

BACA DENGAN TELITI... Langkah-langkah pembelajaran:

  1. Salin nota ringkas di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Salin soalan-soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  3. Dengar dan fahamkan penerangan video dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan.

  4. Setelah siap, sahkah tugasan anda pada butang di bawah.

TOPIK 3.1.2:

HUBUNGAN ANTARA PECUTAN GRAVITI, g DENGAN PEMALAR KEGRAVITIAN SEMESTA, G

PECUTAN GRAVITI

Kegravitian: Bagaimana pecutan graviti terhasil?


Katakan satu jasad berjisim m berada di permukaan Bumi yang berjisim M, maka daya tarikan graviti F ialah:

Hukum Kegravitian Semesta Newton

di mana:

  • M = jisim Bumi

  • m = jisim objek

  • R = jejari Bumi

Hukum Gerakan Newton Kedua

F juga sama dengan berat objek itu, iaitu F = mg

Maka, dengan menyamakan dua persamaan

objek DI PERMUKAAN BUMI

Objek di permukaan Bumi, h = 0, maka jejari Bumi adalah R.

Pecutan graviti di permukaan Bumi adalah:

di mana M adalah jisim Bumi.

objek DI ATAS PERMUKAAN BUMI

1. Rajah menunjukkan suatu jasad berjisim m pada altitud h di atas permukaan Bumi.


Di kedudukan dengan ketinggian h dari permukaan Bumi, jarak dari pusat Bumi ialah

r = (R + h)

2. Daya tarikan graviti antara jasad dan Bumi ialah:

GRAF PECUTAN GRAVITI, g MELAWAN JARAK DARI PUSAT BUMI, r

Bagi kedudukan r < R:

Nilai g adalah berkadar terus dengan jarak dari pusat Bumi.


Bagi kedudukan r > R:

Nilai g adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak dari pusat Bumi.

memahami Pecutan Graviti / Kekuatan Medan Graviti menerusi penyelesaian soalan

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Salin soalan-soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Dengar dan fahamkan penerangan dari Cikgu Afiffi dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan oleh beliau.

Diberi:

  • G = pemalar kegravitian = 6.67 x 10 -11 N m2 kg -2.

  • M = jisim bumi = 5.97 x 10 24 kg

  • R = jejari bumi = 6.37 x 10 6 m

SOALAN 1:

Objek X berada di permukaan bumi.

a) Hitung pecutan graviti, g objek X. (Jawapan: 9.81 N kg-1)

b) Objek X dibawa ke ketinggian 150 meter dari permukaan bumi. Hitung pecutan graviti, g di sana. (Jawapan: 9.81 N kg-1)

c) Objek X dibawa ke ketinggian 500 000 meter dari permukaan bumi. Hitung pecutan graviti, g di sana. (Jawapan: 8.43 N kg-1)

SOALAN 2:

Hitung pecutan graviti pada sebuah objek yang berada sejauh 2 000 km dari permukaan bumi.

(Jawapan: 5.68 N kg-1)

SOALAN 3:

Jisim sebuah objek adalah 30 kg. Hitung berat objek semasa di permukaan bumi. Diberi pecutan graviti di permukaan bumi adalah 9.81 ms­-2.

(Jawapan: 294.3 N)

SOALAN 4:

Berat sebuah objek di permukaan bumi adalah 200 N. Hitung berat objek sekiranya berada 5 000 km dari permukaan bumi.

(Jawapan: 62.78 N)

JOM DENGAR PENERANGAN DALAM VIDEO CIKGU AFIFFI

Klik pautan di bawah setelah menyiapkan tugasan e-Kelas 10.0 ini.

PERINGATAN MESRA ALAM SEKITAR 😉

Pastikan e-Kelas 1.0 hingga e-Kelas 9.0 telah dilaksanakan.

Jom semak hantaran tugasan anda!!