3.2 | HUKUM kepler

KELAS: 4 SAINS 2 | SMK SIMPANG BELURU

NASIHAT & NOTIS YANG AMAT PENTING:

SEMUA PELAJAR MESTI MELENGKAPKAN E-KELAS 1.0 HINGGA E-KELAS TERKINI SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN BERMULA.

BACA DENGAN TELITI... Langkah-langkah pembelajaran:

  1. Buat nota ringkas berdasarkan video di bawah (dengan merujuk buku teks) ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Salin soalan-soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  3. Dengar dan fahamkan penerangan video dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan.

  4. Setelah siap, sahkah tugasan anda pada butang di bawah.

TAJUK 3.2.1: HUKUM KEPLER

INFO FIZIK!!! (Untuk Bacaan)

Hukum Kepler terletak di bawah tema Mekanik Newton. Hukum Kepler diterbitkan pada abad ke-16 oleh ahli astronomi Jerman iaitu Johannes Kepler yang menganalisis data-data cerapan ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Hukum ini dapat memerihalkan gerakan planet-planet dalam sistem suria.

Hukum Kepler ini menggantikan Teori Heliosentrik yang dicadangkan oleh Nicolas Copernicus di awal abad ke-15 yang menyatakan planet-planet mengorbit dalam satu lintasan membulat dengan matahari berada di tengah-tengah bulatan. Teori Kepler dapat menjelaskan sebab mengapa halaju mengorbit planet sentiasa berubah yang mana cerapan ini tidak dapat dijelaskan oleh Teori Heliosentrik. Sebelum Teori Heliosentrik pula, ahli astronomi berpegang kepada Teori Geosentrik yang dicadangkan Ptolemy pada awal abad kedua, iaitu Bumi sebagai pusat alam semesta yang dikelilingi oleh objek-objek samawi.

TONTON VIDEO DI BAWAH DAN FAHAMKAN

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBUAT NOTA RINGKAS BAGI TOPIK INI KE DALAM BUKU PANJANG FIZIK.

HUKUM KEPLER 1

Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan Matahari berada di satu daripada fokusnya.

HUKUM KEPLER 2

Garis yang menyambung planet dengan Matahari akan mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbitnya.

HUKUM KEPLER 3

Kuasa dua tempoh orbit planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya.

VIDEO TAMBAHAN

Hukum Kepler I, II dan III

Rujuk buku teks m/s96-100.

memahami hukum kepler menerusi penyelesaian soalan

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Salin soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Dengar dan fahamkan penerangan dalam video di bawah dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan oleh beliau.

SOALAN 1:

Jika bulan dengan jejari orbit 384 000 km mengambil masa 27 hari untuk melengkapkan satu orbit, tentukan tempoh orbit yang diambil oleh satelit setinggi 500 km dari permukaan bumi.

(Jawapan: 5582.3 s / 93 minit)

SOALAN 2:

Di dalam sistem solar, bumi mengambil masa 365.25 hari untuk mengorbit matahari berikutan jejari orbitnya 149 600 km dari matahari. Dari pemerhatian, planet Zuhrah mengambil masa 224 hari untuk mengelilingi matahari. Hitung jejari orbit planet Zuhrah dari matahari.

(Jawapan: 108 000 km)

DENGAR PENERANGAN DALAM VIDEO di bawah

Klik pautan di bawah setelah menyiapkan tugasan e-Kelas 13.0 ini.

PERINGATAN MESRA ALAM SEKITAR 😉

Pastikan e-Kelas 1.0 hingga e-Kelas 13.0 telah dilaksanakan.

Jom semak hantaran tugasan anda!!

Rujukan:
  1. Buku Teks Fizik Tingkatan 4
  2. Blog Pendidikan (FizikKini)
  3. Youtube Pendidikan (Mohd Afiffi Physics)
  4. Youtube Pendidikan (Cikgu Khairul Anuar)
  5. Youtube Pendidikan (Mudahnya Fizik!)