TOPIK 3.1 | HUKUM KEGRAVITIAN SEMESTA NEWTON

KELAS: 4 SAINS 2 | SMK SIMPANG BELURU

BACA DENGAN TELITI... Langkah-langkah pembelajaran:

  1. Salin nota ringkas di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Salin soalan-soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  3. Dengar dan fahamkan penerangan video dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan.

  4. Setelah siap, sahkah tugasan anda pada butang di bawah.

TAJUK 3.1.1: DAYA TARIKAN GRAVITI?

Daya tarikan graviti wujud antara mana-mana dua jasad berjisim dalam alam semesta.

Hukum Kegravitian Semesta Newton

Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan bahawa daya tarikan graviti adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim jasad dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara dua jasad.

Daya tarikan graviti antara dua jasad membentuk satu pasangan daya tindak balas.

memahami hukum kegravitian semesta newton menerusi penyelesaian soalan

LANGKAH-LANGKAH:

  1. Salin soalan contoh di bawah ke dalam buku nota fizik (buku panjang).

  2. Dengar dan fahamkan penerangan dari Cikgu Afiffi dan salin pengiraan bagi setiap soalan yang disampaikan oleh beliau.

SOALAN 1:

Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.

Diberi G = 6.67 x 10-11 N m2 kg-2.

SOALAN 2:

Diberi dua objek dengan jisim 45 000 kg dan 30 000 kg dengan jarak antara keduanya adalah 25 m. Hitung daya gravity yang bertindak pada kedua objek tersebut.

(Jawapan: 1.44 x 10 -4 N)

SOALAN 3:

Diberi dua orang dengan jisim 50 kg dan 85 kg duduk pada jarak 10 meter. Hitung daya gravity yang bertindak di antara mereka. Adakah mereka boleh merasai daya tersebut? Mengapa.

(Jawapan: 2.83 x 10 -9 N)

SOALAN 4:

Diberi jisim bumi dan bulan masing – masing adalah 6 x10 24 kg dan 7.4 x10 22 kg. Jarak antara bumi dan bulan pula adalah 3.8 x 10 8 m. Hitung daya gravity yang bertindak di antara bumi dan bulan.

(Jawapan: 2.05 x 10 20 N)

SOALAN 5:

Diberi dua objek seperti rajah. Hitung daya graviti yang bertindak antara kedua objek.

(Jawapan: 100 N)

JOM DENGAR PENERANGAN DALAM VIDEO CIKGU AFIFFI

Klik pautan di bawah setelah menyiapkan tugasan e-Kelas 9.0 ini.

PERINGATAN MESRA ALAM SEKITAR 😉

Pastikan e-Kelas 1.0 hingga e-Kelas 8.0 telah dilaksanakan.

Jom semak hantaran tugasan anda!!