2.3 | GERAKAN JATUH BEBAS

Gerakan Jatuh Bebas

LANGKAH e-PEMBELAJARAN

  • Baca dan tonton nota serta video yang diberikan melalui laman pembelajaran ini.

  • Buat NOTA RINGKAS di dalam Buku Nota Fizik (Buku Panjang).

  • Jawab soalan latihan yang diberikan di akhir laman pembelajaran ini dan juga di dalam Buku Nota Fizik (Buku Panjang).

  • Tugasan melalui e-pembelajaran ini di ambil kira sebagai Penilaian Bilik Darjah (PBD).

gerakan jatuh bebas

Ulangan apa yang telah diperjelaskan dalam kelas sebelum cuti.

  1. Jatuh bebas ialah satu jatuhan yang disebabkan oleh daya tarikan graviti sahaja tanpa dipengaruhi oleh rintangan udara dan daya luaran.

  2. Pecutan bagi gerakan jatuh bebas adalah sentiasa malar.

  3. Di permukaan bumi, pecutan ini ialah 10 m/s2 , dan dinamakan sebagai pecutan graviti.

  4. Dalam SPM, anda perlu mengetahui graf gerakan jatuh bebas bagi gerakan-gerakan berikut:

    • Meloncarkan objek ke atas

    • Melepaskan objek dari kawasan tinggi.

    • Objek jatuh di atas lantai dan melantun.

jatuh bebas dalam udara vs dalam vakum

bola boling dan bulu ayam

Perhatikan demonstrasi dalam video ini di mana bola boling dan bulu ayam dilepas secara serentak dalam dua keadaan iaitu di udara dan di dalam ruang vakum.

APAKAH PEMERHATIAN ANDA??

DALAM UDARA

Rintangan udara terhadap bulu ayam adalah lebih tinggi berbanding ringan udara terhadap bola boling. Bulu ayam jatuh dengan pecutan yang lebih kecil dan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke bawah.

DALAM VAKUM

Dalam vakum, bola boling dan bulu ayam jatuh dengan pecutan yang sama dan tidak dipengaruhi oleh bentuk dan jisim masing-masing.

faktor-faktor yang mempengaruhi pecutan graviti, g

1. Latitud

Semakin besar latitud sesuatu tempat, semakin besar nilai, g.

2. Altitud (Ketinggian dari aras laut)

Semakin tinggi sesuatu tempat dari aras laut, semakin kecil nilai, g.


PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN PECUTAN GRAVITI BAGI OBJEK YANG JATUH BEBAS

  1. Untuk memudahkan pengiraan, g diambil sebagai 10 m/s2

  2. Apabila satu jasad dilontar ke atas, pecutan graviti dianggap negatif. Manakala apabila objek bergerak ke bawah, pecutan graviti dianggap positif.

  3. Apabila objek dilontar ke atas dan kembali ke titik permulaan:

    • halaju pada titik paling tinggi (ketinggian maksimum) adalah, v = 0 m/s

    • masa untuk naik ke tinggi maksimum = masa untuk turun ke titik permulaan

    • kelajuan pada aras yang sama adalah sama

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Fizik Tingkatan 4
  2. Buku Rujukan Fizik
  3. Youtube (Mudahnya Fizik)