2.6 | DAYA

APA ITU DAYA?

  • Daya boleh mengubah keadaan gerakan sesuatu objek.

  • Daya adalah kuantiti vektor kerana mempunyai magnitud dan arah.

  • Meter daya (meter newton, neraca spring) yang ditentukur dalam newton, digunakan untuk mengukur daya.

Menggerakkan objek pegun

Mengubah arah gerakan objek

Menghentikan objek yang bergerak

A. HUBUNGAN ANTARA DAYA DAN PECUTAN

Antara rajah (a) dan rajah (b), yang manakah bergerak lebih laju dan memecut?

Jawapannya sudah tentu Rajah (b). Kenapa?

Hal ini kerana, apabila daya oleh tiga ekor sled dog lebih besar dari daya oleh seekor sled dog. Maka kereta luncur salji pada rajah (b) akan lebih laju dan memecut.

Ini bermakna semakin bertambah daya pada sesuatu objek, semakin bertambah pecutan objek tersebut.

Pecutan, a objek berkadar terus dengan daya, F yang bertindak ke atas objek tersebut.

a ∝ F

(Disebut, pecutan berkadar terus terhadap daya)


B. HUBUNGAN ANTARA JISIM DAN PECUTAN

Antara rajah (c) dan rajah (d), yang manakah bergerak lebih laju dan memecut?

Jawapannya sudah tentu Rajah (c). Kenapa?

Hal ini kerana, apabila jisim bertambah, maka halaju objek akan berkurang.

Ini bermakna semakin bertambah jisim pada sesuatu objek, semakin berkurang pecutan objek tersebut.

Pecutan, a berkadar songsang dengan jisim, m apabila daya dimalarkan.


a ∝ 1/m


(Disebut, pecutan berkadar songsang terhadap jisim)

HUBUNGAN DI (A) DAN HUBUNGAN DI (B) JELAS MENUNJUKKAN PERKAITAN BAHAWA PECUTAN OBJEK BERGANTUNG KEPADA DAYA YANG DIKENAKAN KE ATAS OBJEK TERSEBUT DAN JISIM OBJEK TERSEBUT.

HUKUM GERAKAN NEWTON KEDUA

Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa daya yang bertindak pada suatu objek adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan momentum objek itu pada arah yang sama dengan arah perubahan momentum.

Jika suatu objek berjisim, m dikenakan suatu daya, F dan halaju objek itu meningkat dari u ke v dalam masa, t, maka...

Daya 1 N ditakrifkan sebagai daya yang menghasilkan pecutan 1 ms-2 apabila daya itu bertindak ke atas suatu objek berjisim 1 kg.

CONTOH MENYELESAIKAN MASALAH MELIBATKAN RUMUS, F=ma

Contoh 1:

Sebuah kotak berjisim 100 kg diletakkan di atas satu lantai licin yang mendatar. Cari pecutan yang di alami oleh kotak itu jika satu daya 400 N dikenakan ke atas kotak itu secara mengufuk.


Jawapan:

F = ma

(400) = (100)a

a = 4 ms-2

Contoh 2:

Satu objek berjisim 50kg diletakkan di atas satu lantai mendatar dan licin. Jika halaju objek itu berubah daripada pegun kepada 25.0 m/s dalam 5 saat apabila dikenakan satu daya F secara mengufuk. Berapakah magnitud daya F?


Jawapan:

Daya dapat dihitung dengan menggunakan formula F = ma. Jisim m objek telah diberi dalam soalan. Bagaimanapun, pecutan, a, tidak diberi terus.


Kita boleh menentukan pecutan a dengan menggunakan formula:

Daripada formula di atas:

F = ma = (50)(5) = 250N

Daya yang dikenakan ke atas objek itu ialah 250N.

RUJUKAN TAMBAHAN

Daya

Persamaan Gerakan Linear 1

LATIHAN 2.6

Pelajar tidak semestinya terus menjawab soalan kuiz di bawah sebaik sahaja selesai menelaah nota dan video di atas.

Baca dan fahamkan soalan yang diberikan di bawah terlebih dahulu, berbincang dengan rakan menerusi group kelas dan buat pengiraan di dalam buku nota panjang. Setelah selesai mendapatkan jawapan, barulah hantar pengiraan melalui kuiz online di bawah.

Diharapkan pelajar memberikan kerjasama kepada diri sendiri, supaya anda tidak ketinggalan dalam pelajaran apabila sekolah di buka selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikhlaskan diri belajar untuk berjaya. Jadikan masa yang terluang ini sebagai peluang besar untuk belajar dan bukannya membuang masa.

Rujukan:
  1. Buku Teks Fizik T4 (KSSM)
  2. Buku Rujukan Fizik
  3. Youtube (Pendidikan)
  4. Blog Pendidikan