2.8 | Berat

BERAT DAN PECUTAN

  • Berat suatu objek, W didefinisikan sebagai daya graviti yang bertindak ke atas objek itu.

  • Sebagai contoh dalam rajah sebelah, yang menunjukkan neraca spring yang digunakan untuk mengukur berat objek tersebut.

  • Apabila objek tersebut dilepaskan, maka ia akan jatuh dengan satu pecutan yang disebabkan oleh daya tarikan, W.

  • Menurut Hukum Newton Kedua:

F = ma

W = ma

Tetapi a = g

Maka, W = mg

Oleh itu berat = jisim x pecutan graviti

Berat adalah kuantiti vektor yang bertindak ke arah pusat bumi.

Unit bagi berat: N

Unit bagi jisim: kg

W = mg

g = W / m

Unit bagi g adalah Nkg-1

  • Medan graviti ialah kawasan di mana objek akan mengalami tarikan graviti

  • Kekuatan medan graviti ditakrifkan sebagai nisbah berat kepada jisim objek atau berat per unit jisim disebabkan tarikan graviti.

  • Kuantiti fizik bagi kekuatan medan graviti, g ialah newton per kilogram (Nkg-1).

  • Kekuatan medan graviti, g adalah daya yang bertindak unit jisim disebabkan oleh tarikan graviti.

  • Objek yang berada di permukaan bumi, kekuatan medan graviti ialah g = 9.81 Nkg-1 , yang bermaksud setiap satu kilogram jisim akan mengalami daya graviti 9.81 N.

  • Maka kekuatan medan graviti, g = 10 m s-2 = 10 Nkg-1

  • Video di bawah/sebelah menunjukkan seorang angkasawan yang memakai sut angkasawan semasa meneroka bulan.

  • Angkasawan berasa agak mudah untuk bergerak dan berjalan di bulan berbanding di atas permukaan bumi? Mengapakah hal yang demikian berlaku?


Katakanlah jisim sut angkasawan di bumi ialah 81.65 kg.

Maka berat sut angkasawan di bumi iailah W BUMI = 81.65 kg x 9.81 Nkg-1 = 800.99 N

Kekuatan medan graviti di bulan pula ialan 1 per 6 (1/6) daripada kekuatan medan graviti bumi.

Maka, W BULAN = (1/6) X 800.99 N = 133.50 N

JISIM VS BERAT

Perbezaan antara jisim dan berat.

Jom ikuti penjelasan terperinci dalam video ini untuk lebih faham tentang perbezaan antara jisim & berat.

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Fizik Tingkata 4
  2. Buku Rujukan Fizik
  3. Youtube Pendidikan (Mudahnya Fizik)
Serati Saluran Telegram - TeachTarik EduChannel di https://t.me/teachtarikeduchannelHub Perkongsian Mata Pelajaran Sains, Fizik, Kimia dan Biologi